Senin, 10 Juni 2013

Pencipta World Wide Web (WWW)

Sir Timothy John Berners Lee atau lebih dikenali sebagai Tim Berners Lee adalah individu yang bertanggungjawab mencipta World Wide Web atau nama singkatannya "WWW". Beliau yang lahir pada 8 Jun 1955 di London, UK merupakan seorang engineer dan saintis komputer yang telah menemukan Jaringan Sejagat atau "WWW" pada bulan Mac 1989.

 Selain itu, beliau juga merupakan pengarah kepada World wide Web Consortium (W3C) sebuah badan piawaian antarabangsa yang bertanggungjawab membangun dan menyelaraskan teknologi berkaitan "WWW" ini. Pada tanggal 25 Disember 1990, dengan  bantuan daripada Robert Cailliau dan pelajar dari CERN, beliau berjaya menerapkan komunikasi pertama antara Hypertext Transfer Protokol (HTTP) dan pelayan melalui Internet. 

0 komentar: